TaubatAppTaubat.App

Surah 51 of 114 · Juz 26

Surah Adh-Dhariyatالذاريات

60 ayat, makkan, written on pages 520–523 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.

Malay name
Angin yang Menerbangkan
Meaning
The Winnowing Winds
Ayat
60
Revealed in
Makkah
Order revealed
67
Mushaf pages
520–523
Read it in the mushaf →

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1Page 520

وَٱلذَّٰرِيَـٰتِ ذَرْوًۭا

MSDemi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -

ENBy the [winds] scattering [dust], dispersing [it]

2Page 520

فَٱلْحَـٰمِلَـٰتِ وِقْرًۭا

MSDan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -

ENAnd the [clouds] carrying a load [of water]

3Page 520

فَٱلْجَـٰرِيَـٰتِ يُسْرًۭا

MSDan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -

ENAnd the ships sailing with ease

4Page 520

فَٱلْمُقَسِّمَـٰتِ أَمْرًا

MSDan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;

ENAnd the [angels] apportioning [each] matter,

5Page 520

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌۭ

MS(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;

ENIndeed, what you are promised is true.

6Page 520

وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٰقِعٌۭ

MSDan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.

ENAnd indeed, the recompense is to occur.

7Page 521

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ

MSDemi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

ENBy the heaven containing pathways,

8Page 521

إِنَّكُمْ لَفِى قَوْلٍۢ مُّخْتَلِفٍۢ

MSSesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).

ENIndeed, you are in differing speech.

9Page 521

يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ

MSDipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

ENDeluded away from it [i.e., the Qur’ān] is he who is deluded.

10Page 521

قُتِلَ ٱلْخَرَّٰصُونَ

MSBinasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,

ENDestroyed are the misinformers

11Page 521

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى غَمْرَةٍۢ سَاهُونَ

MS(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).

ENWho are within a flood [of confusion] and heedless.

12Page 521

يَسْـَٔلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلدِّينِ

MSMereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"

ENThey ask, "When is the Day of Recompense?"

13Page 521

يَوْمَ هُمْ عَلَى ٱلنَّارِ يُفْتَنُونَ

MS(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -

EN[It is] the Day they will be tormented over the Fire.

14Page 521

ذُوقُوا۟ فِتْنَتَكُمْ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَسْتَعْجِلُونَ

MS(Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".

EN[And will be told], "Taste your torment. This is that for which you were impatient."

15Page 521

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍ

MSSesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

ENIndeed, the righteous will be among gardens and springs,

16Page 521

ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

MS(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

ENAccepting what their Lord has given them. Indeed, they were before that doers of good.

17Page 521

كَانُوا۟ قَلِيلًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

MSMereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

ENThey used to sleep but little of the night,

18Page 521

وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

MSDan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

ENAnd in the hours before dawn they would ask forgiveness,

19Page 521

وَفِىٓ أَمْوَٰلِهِمْ حَقٌّۭ لِّلسَّآئِلِ وَٱلْمَحْرُومِ

MSDan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

ENAnd from their properties was [given] the right of the [needy] petitioner and the deprived.

20Page 521

وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَـٰتٌۭ لِّلْمُوقِنِينَ

MSDan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

ENAnd on the earth are signs for the certain [in faith]

21Page 521

وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

MSDan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

ENAnd in yourselves. Then will you not see?

22Page 521

وَفِى ٱلسَّمَآءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ

MSDan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

ENAnd in the heaven is your provision and whatever you are promised.

23Page 521

فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۭ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

MSMaka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.

ENThen by the Lord of the heaven and earth, indeed, it is truth - just as [sure as] it is that you are speaking.

24Page 521

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْمُكْرَمِينَ

MSSudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?

ENHas there reached you the story of the honored guests of Abraham? -

25Page 521

إِذْ دَخَلُوا۟ عَلَيْهِ فَقَالُوا۟ سَلَـٰمًۭا ۖ قَالَ سَلَـٰمٌۭ قَوْمٌۭ مُّنكَرُونَ

MSKetika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

ENWhen they entered upon him and said, "[We greet you with] peace." He answered, "[And upon you] peace; [you are] a people unknown."

26Page 521

فَرَاغَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ فَجَآءَ بِعِجْلٍۢ سَمِينٍۢ

MSKemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).

ENThen he went to his family and came with a fat [roasted] calf.

27Page 521

فَقَرَّبَهُۥٓ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

MSLalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".

ENAnd placed it near them; he said, "Will you not eat?"

28Page 521

فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةًۭ ۖ قَالُوا۟ لَا تَخَفْ ۖ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَـٰمٍ عَلِيمٍۢ

MS(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.

ENAnd he felt from them apprehension. They said, "Fear not," and gave him good tidings of a learned boy.

29Page 521

فَأَقْبَلَتِ ٱمْرَأَتُهُۥ فِى صَرَّةٍۢ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌۭ

MS(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"

ENAnd his wife approached with a cry [of alarm] and struck her face and said, "[I am] a barren old woman!"

30Page 521

قَالُوا۟ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْعَلِيمُ

MSMereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".

ENThey said, "Thus has said your Lord; indeed, He is the Wise, the Knowing."

31Page 522

۞ قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا ٱلْمُرْسَلُونَ

MSNabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"

EN[Abraham] said, "Then what is your business [here], O messengers?"

32Page 522

قَالُوٓا۟ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمٍۢ مُّجْرِمِينَ

MSMereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);

ENThey said, "Indeed, we have been sent to a people of criminals

33Page 522

لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةًۭ مِّن طِينٍۢ

MS"Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),

ENTo send down upon them stones of clay,

34Page 522

مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ

MS"Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".

ENMarked in the presence of your Lord for the transgressors."

35Page 522

فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MS(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.

ENSo We brought out whoever was in them [i.e., the cities] of the believers.

36Page 522

فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍۢ مِّنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

MS(Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).

ENAnd We found not within them other than a [single] house of Muslims.

37Page 522

وَتَرَكْنَا فِيهَآ ءَايَةًۭ لِّلَّذِينَ يَخَافُونَ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَلِيمَ

MSDan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

ENAnd We left therein a sign for those who fear the painful punishment.

38Page 522

وَفِى مُوسَىٰٓ إِذْ أَرْسَلْنَـٰهُ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ بِسُلْطَـٰنٍۢ مُّبِينٍۢ

MSDan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.

ENAnd in Moses [was a sign], when We sent him to Pharaoh with clear authority.

39Page 522

فَتَوَلَّىٰ بِرُكْنِهِۦ وَقَالَ سَـٰحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌۭ

MSMaka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: "(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"

ENBut he turned away with his supporters and said, "A magician or a madman."

40Page 522

فَأَخَذْنَـٰهُ وَجُنُودَهُۥ فَنَبَذْنَـٰهُمْ فِى ٱلْيَمِّ وَهُوَ مُلِيمٌۭ

MSLalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.

ENSo We took him and his soldiers and cast them into the sea, and he was blameworthy.

41Page 522

وَفِى عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلرِّيحَ ٱلْعَقِيمَ

MSDan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -

ENAnd in ʿAad [was a sign], when We sent against them the barren wind.

42Page 522

مَا تَذَرُ مِن شَىْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَٱلرَّمِيمِ

MSAngin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.

ENIt left nothing of what it came upon but that it made it like disintegrated ruins.

43Page 522

وَفِى ثَمُودَ إِذْ قِيلَ لَهُمْ تَمَتَّعُوا۟ حَتَّىٰ حِينٍۢ

MSDan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"

ENAnd in Thamūd, when it was said to them, "Enjoy yourselves for a time."

44Page 522

فَعَتَوْا۟ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَهُمْ يَنظُرُونَ

MSMaka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.

ENBut they were insolent toward the command of their Lord, so the thunderbolt seized them while they were looking on.

45Page 522

فَمَا ٱسْتَطَـٰعُوا۟ مِن قِيَامٍۢ وَمَا كَانُوا۟ مُنتَصِرِينَ

MSDengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.

ENAnd they were unable to arise, nor could they defend themselves.

46Page 522

وَقَوْمَ نُوحٍۢ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَوْمًۭا فَـٰسِقِينَ

MSDan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.

ENAnd [We destroyed] the people of Noah before; indeed, they were a people defiantly disobedient.

47Page 522

وَٱلسَّمَآءَ بَنَيْنَـٰهَا بِأَيْي۟دٍۢ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

MSDan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.

ENAnd the heaven We constructed with strength, and indeed, We are [its] expander.

48Page 522

وَٱلْأَرْضَ فَرَشْنَـٰهَا فَنِعْمَ ٱلْمَـٰهِدُونَ

MSDan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.

ENAnd the earth We have spread out, and excellent is the preparer.

49Page 522

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

MSDan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).

ENAnd of all things We created two mates [i.e., counterparts]; perhaps you will remember.

50Page 522

فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ إِنِّى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ

MS(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

ENSo flee to Allāh. Indeed, I am to you from Him a clear warner.

51Page 522

وَلَا تَجْعَلُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ ۖ إِنِّى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ

MS"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".

ENAnd do not make [as equal] with Allāh another deity. Indeed, I am to you from Him a clear warner.

52Page 523

كَذَٰلِكَ مَآ أَتَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا۟ سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

MSDemikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".

ENSimilarly, there came not to those before them any messenger except that they said, "A magician or a madman."

53Page 523

أَتَوَاصَوْا۟ بِهِۦ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌۭ طَاغُونَ

MSAdakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).

ENDid they suggest it to them? Rather, they [themselves] are a transgressing people.

54Page 523

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَآ أَنتَ بِمَلُومٍۢ

MSOleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).

ENSo leave them, [O Muḥammad], for you are not to be blamed.

55Page 523

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MSDan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

ENAnd remind, for indeed, the reminder benefits the believers.

56Page 523

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

MSDan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

ENAnd I did not create the jinn and mankind except to worship Me.

57Page 523

مَآ أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍۢ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ

MSAku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

ENI do not want from them any provision, nor do I want them to feed Me.

58Page 523

إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلْقُوَّةِ ٱلْمَتِينُ

MSSesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

ENIndeed, it is Allāh who is the [continual] Provider, the firm possessor of strength.

59Page 523

فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ ذَنُوبًۭا مِّثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَـٰبِهِمْ فَلَا يَسْتَعْجِلُونِ

MS(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.

ENAnd indeed, for those who have wronged is a portion [of punishment] like the portion of their companions [i.e., predecessors], so let them not impatiently urge Me.

60Page 523

فَوَيْلٌۭ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن يَوْمِهِمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ

MSMaka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

ENAnd woe to those who have disbelieved from their Day which they are promised.

Common questions

How many ayat are in Surah Adh-Dhariyat?

Surah Adh-Dhariyat has 60 ayat.

Where was Surah Adh-Dhariyat revealed?

Surah Adh-Dhariyat was revealed in Makkah, and it is the 67th surah in the order of revelation.

What page is Surah Adh-Dhariyat on?

In the Madani mushaf, Surah Adh-Dhariyat runs across pages 520–523, in juz 26.