TaubatAppTaubat.App

Surah 53 of 114 · Juz 27

Surah An-Najmالنجم

62 ayat, makkan, written on pages 526–528 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.

Malay name
Bintang
Meaning
The Star
Ayat
62
Revealed in
Makkah
Order revealed
23
Mushaf pages
526–528
Read it in the mushaf →

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1Page 526

وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ

MSDemi bintang semasa ia menjunam, -

ENBy the star when it descends,

2Page 526

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ

MSRakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

ENYour companion [i.e., Muḥammad] has not strayed, nor has he erred,

3Page 526

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ

MSDan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

ENNor does he speak from [his own] inclination.

4Page 526

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ

MSSegala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

ENIt is not but a revelation revealed,

5Page 526

عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلْقُوَىٰ

MSwahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

ENTaught to him by one intense in strength [i.e., Gabriel] -

6Page 526

ذُو مِرَّةٍۢ فَٱسْتَوَىٰ

MSLagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

ENOne of soundness. And he rose to [his] true form

7Page 526

وَهُوَ بِٱلْأُفُقِ ٱلْأَعْلَىٰ

MSSedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

ENWhile he was in the higher [part of the] horizon.

8Page 526

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ

MSKemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

ENThen he approached and descended

9Page 526

فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ

MSSehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

ENAnd was at a distance of two bow lengths or nearer.

10Page 526

فَأَوْحَىٰٓ إِلَىٰ عَبْدِهِۦ مَآ أَوْحَىٰ

MSLalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

ENAnd he revealed to His Servant what he revealed [i.e., conveyed].

11Page 526

مَا كَذَبَ ٱلْفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ

MSHati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

ENThe heart did not lie [about] what it saw.

12Page 526

أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ

MSJika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

ENSo will you dispute with him over what he saw?

13Page 526

وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ

MSDan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

ENAnd he certainly saw him in another descent

14Page 526

عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ

MSDi sisi "Sidratul-Muntaha";

ENAt the Lote Tree of the Utmost Boundary -

15Page 526

عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ

MSYang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".

ENNear it is the Garden of Refuge [i.e., Paradise] -

16Page 526

إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ

MS(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

ENWhen there covered the Lote Tree that which covered [it].

17Page 526

مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ

MSPenglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

ENThe sight [of the Prophet (ﷺ)] did not swerve, nor did it transgress [its limit].

18Page 526

لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ

MSDemi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

ENHe certainly saw of the greatest signs of his Lord.

19Page 526

أَفَرَءَيْتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلْعُزَّىٰ

MS(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -

ENSo have you considered al-Lāt and al-ʿUzzā?

20Page 526

وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلْأُخْرَىٰٓ

MSSerta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?

ENAnd Manāt, the third - the other one?

21Page 526

أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ

MSPatutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?

ENIs the male for you and for Him the female?

22Page 526

تِلْكَ إِذًۭا قِسْمَةٌۭ ضِيزَىٰٓ

MSPembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

ENThat, then, is an unjust division.

23Page 526

إِنْ هِىَ إِلَّآ أَسْمَآءٌۭ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَـٰنٍ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهْوَى ٱلْأَنفُسُ ۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلْهُدَىٰٓ

MSBenda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

ENThey are not but [mere] names you have named them - you and your forefathers - for which Allāh has sent down no authority. They follow not except assumption and what [their] souls desire, and there has already come to them from their Lord guidance.

24Page 526

أَمْ لِلْإِنسَـٰنِ مَا تَمَنَّىٰ

MSAdakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

ENOr is there for man whatever he wishes?

25Page 526

فَلِلَّهِ ٱلْـَٔاخِرَةُ وَٱلْأُولَىٰ

MSKerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

ENRather, to Allāh belongs the Hereafter and the first [life].

26Page 526

۞ وَكَم مِّن مَّلَكٍۢ فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ لَا تُغْنِى شَفَـٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ أَن يَأْذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَىٰٓ

MS(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

ENAnd how many angels there are in the heavens whose intercession will not avail at all except [only] after Allāh has permitted [it] to whom He wills and approves.

27Page 527

إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْـَٔاخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ تَسْمِيَةَ ٱلْأُنثَىٰ

MSSesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,

ENIndeed, those who do not believe in the Hereafter name the angels female names,

28Page 527

وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ ۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًۭٔا

MSSedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

ENAnd they have thereof no knowledge. They follow not except assumption, and indeed, assumption avails not against the truth at all.

29Page 527

فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا

MSOleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.

ENSo turn away from whoever turns his back on Our message and desires not except the worldly life.

30Page 527

ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱهْتَدَىٰ

MS(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.

ENThat is their sum of knowledge. Indeed, your Lord is most knowing of who strays from His way, and He is most knowing of who is guided.

31Page 527

وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ لِيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَسَـٰٓـُٔوا۟ بِمَا عَمِلُوا۟ وَيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ بِٱلْحُسْنَى

MSDan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

ENAnd to Allāh belongs whatever is in the heavens and whatever is in the earth - that He may recompense those who do evil with [the penalty of] what they have done and recompense those who do good with the best [reward] -

32Page 527

ٱلَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَـٰٓئِرَ ٱلْإِثْمِ وَٱلْفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌۭ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ

MS(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

ENThose who avoid the major sins and immoralities, only [committing] slight ones. Indeed, your Lord is vast in forgiveness. He was most knowing of you when He produced you from the earth and when you were fetuses in the wombs of your mothers. So do not claim yourselves to be pure; He is most knowing of who fears Him.

33Page 527

أَفَرَءَيْتَ ٱلَّذِى تَوَلَّىٰ

MSAdakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?

ENHave you seen the one who turned away

34Page 527

وَأَعْطَىٰ قَلِيلًۭا وَأَكْدَىٰٓ

MSDan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?

ENAnd gave a little and [then] refrained?

35Page 527

أَعِندَهُۥ عِلْمُ ٱلْغَيْبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ

MSAdakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?

ENDoes he have knowledge of the unseen, so he sees?

36Page 527

أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِى صُحُفِ مُوسَىٰ

MSAtau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -

ENOr has he not been informed of what was in the scriptures of Moses

37Page 527

وَإِبْرَٰهِيمَ ٱلَّذِى وَفَّىٰٓ

MSDan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?

ENAnd [of] Abraham, who fulfilled [his obligations] -

38Page 527

أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌۭ وِزْرَ أُخْرَىٰ

MS(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

ENThat no bearer of burdens will bear the burden of another

39Page 527

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

ENAnd that there is not for man except that [good] for which he strives

40Page 527

وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

ENAnd that his effort is going to be seen -

41Page 527

ثُمَّ يُجْزَىٰهُ ٱلْجَزَآءَ ٱلْأَوْفَىٰ

MSKemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

ENThen he will be recompensed for it with the fullest recompense -

42Page 527

وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلْمُنتَهَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

ENAnd that to your Lord is the finality

43Page 527

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

ENAnd that it is He who makes [one] laugh and weep

44Page 527

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;

ENAnd that it is He who causes death and gives life

45Page 528

وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -

ENAnd that He creates the two mates - the male and female -

46Page 528

مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ

MSDari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);

ENFrom a sperm-drop when it is emitted

47Page 528

وَأَنَّ عَلَيْهِ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُخْرَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);

ENAnd that [incumbent] upon Him is the other [i.e., next] creation.

48Page 528

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;

ENAnd that it is He who enriches and suffices

49Page 528

وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعْرَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;

ENAnd that it is He who is the Lord of Sirius.

50Page 528

وَأَنَّهُۥٓ أَهْلَكَ عَادًا ٱلْأُولَىٰ

MSDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -

ENAnd that He destroyed the first [people of] ʿAad.

51Page 528

وَثَمُودَا۟ فَمَآ أَبْقَىٰ

MSDan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.

ENAnd Thamūd - and He did not spare [them] -

52Page 528

وَقَوْمَ نُوحٍۢ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ

MSDan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.

ENAnd the people of Noah before. Indeed, it was they who were [even] more unjust and oppressing.

53Page 528

وَٱلْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَىٰ

MSDan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;

ENAnd the overturned towns He hurled down.

54Page 528

فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ

MSLalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

ENAnd covered them by that which He covered.

55Page 528

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ

MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?

ENThen which of the favors of your Lord do you doubt?

56Page 528

هَـٰذَا نَذِيرٌۭ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلْأُولَىٰٓ

MS(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!

ENThis [Prophet (ﷺ)] is a warner from [i.e., like] the former warners.

57Page 528

أَزِفَتِ ٱلْـَٔازِفَةُ

MSTelah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);

ENThe Approaching Day has approached.

58Page 528

لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ

MSTidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.

ENOf it, [from those] besides Allāh, there is no remover.

59Page 528

أَفَمِنْ هَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ

MSMaka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

ENThen at this statement do you wonder?

60Page 528

وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ

MSSerta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?

ENAnd you laugh and do not weep

61Page 528

وَأَنتُمْ سَـٰمِدُونَ

MSSedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?

ENWhile you are proudly sporting?

62Page 528

فَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ وَٱعْبُدُوا۟ ۩

MSOleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

ENSo prostrate to Allāh and worship [Him].

Common questions

How many ayat are in Surah An-Najm?

Surah An-Najm has 62 ayat.

Where was Surah An-Najm revealed?

Surah An-Najm was revealed in Makkah, and it is the 23rd surah in the order of revelation.

What page is Surah An-Najm on?

In the Madani mushaf, Surah An-Najm runs across pages 526–528, in juz 27.