وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفًّۭا
MSDemi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
ENBy those [angels] lined up in rows
Surah 37 of 114 · Juz 23
182 ayat, makkan, written on pages 446–452 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفًّۭا
MSDemi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
ENBy those [angels] lined up in rows
فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجْرًۭا
MS(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
ENAnd those who drive [the clouds]
فَٱلتَّـٰلِيَـٰتِ ذِكْرًا
MS(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
ENAnd those who recite the message,
إِنَّ إِلَـٰهَكُمْ لَوَٰحِدٌۭ
MS(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
ENIndeed, your God is One,
رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ ٱلْمَشَـٰرِقِ
MSTuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
ENLord of the heavens and the earth and that between them and Lord of the sunrises.
إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِزِينَةٍ ٱلْكَوَاكِبِ
MSSesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
ENIndeed, We have adorned the nearest heaven with an adornment of stars
وَحِفْظًۭا مِّن كُلِّ شَيْطَـٰنٍۢ مَّارِدٍۢ
MSDan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
ENAnd as protection against every rebellious devil
لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلْمَلَإِ ٱلْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍۢ
MS(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
EN[So] they may not listen to the exalted assembly [of angels] and are pelted from every side,
دُحُورًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌۭ وَاصِبٌ
MSUntuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
ENRepelled; and for them is a constant punishment,
إِلَّا مَنْ خَطِفَ ٱلْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌۭ ثَاقِبٌۭ
MSKecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
ENExcept one who snatches [some words] by theft, but they are pursued by a burning flame, piercing [in brightness].
فَٱسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَآ ۚ إِنَّا خَلَقْنَـٰهُم مِّن طِينٍۢ لَّازِبٍۭ
MS(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
ENThen inquire of them, [O Muḥammad], "Are they a stronger [or more difficult] creation or those [others] We have created?" Indeed, We created them [i.e., men] from sticky clay.
بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ
MS(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
ENBut you wonder, while they mock,
وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ
MSDan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
ENAnd when they are reminded, they remember not.
وَإِذَا رَأَوْا۟ ءَايَةًۭ يَسْتَسْخِرُونَ
MSDan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
ENAnd when they see a sign, they ridicule.
وَقَالُوٓا۟ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ مُّبِينٌ
MSSerta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
ENAnd say, "This is not but obvious magic.
أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
MS"Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
ENWhen we have died and become dust and bones, are we indeed to be resurrected?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ
MS"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
ENAnd our forefathers [as well]?"
قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَٰخِرُونَ
MSJawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
ENSay, "Yes, and you will be [rendered] contemptible."
فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌۭ وَٰحِدَةٌۭ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ
MS(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
ENIt will be only one shout, and at once they will be observing.
وَقَالُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا هَـٰذَا يَوْمُ ٱلدِّينِ
MSDan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
ENThey will say, "O woe to us! This is the Day of Recompense."
هَـٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ
MS(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
EN[They will be told], "This is the Day of Judgement which you used to deny."
۞ ٱحْشُرُوا۟ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَأَزْوَٰجَهُمْ وَمَا كَانُوا۟ يَعْبُدُونَ
MS(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
EN[The angels will be ordered], "Gather those who committed wrong, their kinds, and what they used to worship
مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهْدُوهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْجَحِيمِ
MS"Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
ENOther than Allāh, and guide them to the path of Hellfire
وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُم مَّسْـُٔولُونَ
MS"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
ENAnd stop them; indeed, they are to be questioned."
مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ
MS"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
EN[They will be asked], "What is [wrong] with you? Why do you not help each other?"
بَلْ هُمُ ٱلْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ
MS(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
ENBut they, that Day, are in surrender.
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ يَتَسَآءَلُونَ
MSDan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
ENAnd they will approach one another asking [i.e., blaming] each other.
قَالُوٓا۟ إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ ٱلْيَمِينِ
MSPengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
ENThey will say, "Indeed, you used to come at us from the right."
قَالُوا۟ بَل لَّمْ تَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ
MSKetua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
ENThey [i.e., the oppressors] will say, "Rather, you [yourselves] were not believers,
وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُم مِّن سُلْطَـٰنٍۭ ۖ بَلْ كُنتُمْ قَوْمًۭا طَـٰغِينَ
MS"Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
ENAnd we had over you no authority, but you were a transgressing people.
فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَآ ۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ
MS(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
ENSo the word [i.e., decree] of our Lord has come into effect upon us; indeed, we will taste [punishment].
فَأَغْوَيْنَـٰكُمْ إِنَّا كُنَّا غَـٰوِينَ
MS"(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
ENAnd we led you to deviation; indeed, we were deviators."
فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍۢ فِى ٱلْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ
MSMaka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
ENSo indeed they, that Day, will be sharing in the punishment.
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِٱلْمُجْرِمِينَ
MSSesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
ENIndeed, that is how We deal with the criminals.
إِنَّهُمْ كَانُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
MSSebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
ENIndeed they, when it was said to them, "There is no deity but Allāh," were arrogant
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓا۟ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍۢ مَّجْنُونٍۭ
MSSerta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
ENAnd were saying, "Are we to leave our gods for a mad poet?"
بَلْ جَآءَ بِٱلْحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلْمُرْسَلِينَ
MS(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
ENRather, he [i.e., the Prophet (ﷺ)] has come with the truth and confirmed the [previous] messengers.
إِنَّكُمْ لَذَآئِقُوا۟ ٱلْعَذَابِ ٱلْأَلِيمِ
MSSesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ENIndeed, you [disbelievers] will be tasters of the painful punishment,
وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
MSDan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
ENAnd you will not be recompensed except for what you used to do -
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
MSKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
ENBut not the chosen servants of Allāh.
أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ رِزْقٌۭ مَّعْلُومٌۭ
MSMereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
ENThose will have a provision determined -
فَوَٰكِهُ ۖ وَهُم مُّكْرَمُونَ
MSIaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
ENFruits; and they will be honored
فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
MSDi dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
ENIn gardens of pleasure
عَلَىٰ سُرُرٍۢ مُّتَقَـٰبِلِينَ
MSMereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
ENOn thrones facing one another.
يُطَافُ عَلَيْهِم بِكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۭ
MSDiedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
ENThere will be circulated among them a cup [of wine] from a flowing spring,
بَيْضَآءَ لَذَّةٍۢ لِّلشَّـٰرِبِينَ
MSMinuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
ENWhite and delicious to the drinkers;
لَا فِيهَا غَوْلٌۭ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ
MSIa tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
ENNo bad effect is there in it, nor from it will they be intoxicated.
وَعِندَهُمْ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ عِينٌۭ
MSSedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
ENAnd with them will be women limiting [their] glances, with large, [beautiful] eyes,
كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌۭ مَّكْنُونٌۭ
MS(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
ENAs if they were [delicate] eggs, well-protected.
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ يَتَسَآءَلُونَ
MS(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
ENAnd they will approach one another, inquiring of each other.
قَالَ قَآئِلٌۭ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌۭ
MSSeorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
ENA speaker among them will say, "Indeed, I had a companion [on earth].
يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُصَدِّقِينَ
MS"katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
ENWho would say, 'Are you indeed of those who believe
أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ
MS"Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
ENThat when we have died and become dust and bones, we will indeed be recompensed?'"
قَالَ هَلْ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ
MS(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
ENHe will say, "Would you [care to] look?"
فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِى سَوَآءِ ٱلْجَحِيمِ
MSMaka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
ENAnd he will look and see him in the midst of the Hellfire.
قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرْدِينِ
MSIa pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
ENHe will say, "By Allāh, you almost ruined me.
وَلَوْلَا نِعْمَةُ رَبِّى لَكُنتُ مِنَ ٱلْمُحْضَرِينَ
MS"Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
ENIf not for the favor of my Lord, I would have been of those brought in [to Hell].
أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ
MS(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
ENThen, are we not to die
إِلَّا مَوْتَتَنَا ٱلْأُولَىٰ وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ
MS"Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
ENExcept for our first death, and we will not be punished?"
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
MSSesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
ENIndeed, this is the great attainment.
لِمِثْلِ هَـٰذَا فَلْيَعْمَلِ ٱلْعَـٰمِلُونَ
MSUntuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
ENFor the like of this let the workers [on earth] work.
أَذَٰلِكَ خَيْرٌۭ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ
MSManakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
ENIs that [i.e., Paradise] a better accommodation or the tree of zaqqūm?
إِنَّا جَعَلْنَـٰهَا فِتْنَةًۭ لِّلظَّـٰلِمِينَ
MSSesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
ENIndeed, We have made it a torment for the wrongdoers.
إِنَّهَا شَجَرَةٌۭ تَخْرُجُ فِىٓ أَصْلِ ٱلْجَحِيمِ
MSSebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
ENIndeed, it is a tree issuing from the bottom of the Hellfire,
طَلْعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَـٰطِينِ
MSBuahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
ENIts emerging fruit as if it was heads of the devils.
فَإِنَّهُمْ لَـَٔاكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ
MSMaka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
ENAnd indeed, they will eat from it and fill with it their bellies.
ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا لَشَوْبًۭا مِّنْ حَمِيمٍۢ
MSKemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
ENThen indeed, they will have after it a mixture of scalding water.
ثُمَّ إِنَّ مَرْجِعَهُمْ لَإِلَى ٱلْجَحِيمِ
MSSetelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
ENThen indeed, their return will be to the Hellfire.
إِنَّهُمْ أَلْفَوْا۟ ءَابَآءَهُمْ ضَآلِّينَ
MSSebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
ENIndeed they found their fathers astray.
فَهُمْ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ يُهْرَعُونَ
MSLalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
ENSo they hastened [to follow] in their footsteps.
وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ ٱلْأَوَّلِينَ
MSDan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
ENAnd there had already strayed before them most of the former peoples,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ
MSPada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ENAnd We had already sent among them warners.
فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُنذَرِينَ
MSMaka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
ENThen look how was the end of those who were warned -
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
MSKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
ENBut not the chosen servants of Allāh.
وَلَقَدْ نَادَىٰنَا نُوحٌۭ فَلَنِعْمَ ٱلْمُجِيبُونَ
MSDan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
ENAnd Noah had certainly called Us, and [We are] the best of responders.
وَنَجَّيْنَـٰهُ وَأَهْلَهُۥ مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ
MSDan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
ENAnd We saved him and his family from the great affliction.
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلْبَاقِينَ
MSDan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
ENAnd We made his descendants those remaining [on the earth]
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ENAnd left for him [favorable mention] among later generations:
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍۢ فِى ٱلْعَـٰلَمِينَ
MS"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
EN"Peace upon Noah among the worlds."
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
MSDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
ENIndeed, We thus reward the doers of good.
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
MSSesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ENIndeed, he was of Our believing servants.
ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ
MSKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
ENThen We drowned the others [i.e., disbelievers].
۞ وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ
MSDan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
ENAnd indeed, among his kind was Abraham,
إِذْ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلْبٍۢ سَلِيمٍ
MSKetika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
ENWhen he came to his Lord with a sound heart
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَاذَا تَعْبُدُونَ
MSKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
EN[And] when he said to his father and his people, "What do you worship?
أَئِفْكًا ءَالِهَةًۭ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ
MS"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
ENIs it falsehood [as] gods other than Allāh you desire?
فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
MS"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
ENThen what is your thought about the Lord of the worlds?"
فَنَظَرَ نَظْرَةًۭ فِى ٱلنُّجُومِ
MSKemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
ENAnd he cast a look at the stars.
فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌۭ
MSLalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
ENAnd said, "Indeed, I am [about to be] ill."
فَتَوَلَّوْا۟ عَنْهُ مُدْبِرِينَ
MSSetelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
ENSo they turned away from him, departing.
فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ
MSLalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
ENThen he turned to their gods and said, "Do you not eat?
مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ
MS"Mengapa kamu tidak menjawab?"
ENWhat is [wrong] with you that you do not speak?".
فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًۢا بِٱلْيَمِينِ
MSLalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
ENAnd he turned upon them a blow with [his] right hand.
فَأَقْبَلُوٓا۟ إِلَيْهِ يَزِفُّونَ
MS(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
ENThen they [i.e., the people] came toward him, hastening.
قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ
MS(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
ENHe said, "Do you worship that which you [yourselves] carve,
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
MS"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
ENWhile Allāh created you and that which you do?"
قَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ لَهُۥ بُنْيَـٰنًۭا فَأَلْقُوهُ فِى ٱلْجَحِيمِ
MS(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
ENThey said, "Construct for him a structure [i.e., furnace] and throw him into the burning fire."
فَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًۭا فَجَعَلْنَـٰهُمُ ٱلْأَسْفَلِينَ
MSMaka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
ENAnd they intended for him a plan [i.e., harm], but We made them the most debased.
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَهْدِينِ
MSDan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
ENAnd [then] he said, "Indeed, I will go to [where I am ordered by] my Lord; He will guide me.
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
MS" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
ENMy Lord, grant me [a child] from among the righteous."
فَبَشَّرْنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍۢ
MSLalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
ENSo We gave him good tidings of a forbearing boy.
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
MSMaka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
ENAnd when he reached with him [the age of] exertion, he said, "O my son, indeed I have seen in a dream that I [must] sacrifice you, so see what you think." He said, "O my father, do as you are commanded. You will find me, if Allāh wills, of the steadfast."
فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ
MSSetelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
ENAnd when they had both submitted and he put him down upon his forehead,
وَنَـٰدَيْنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبْرَٰهِيمُ
MSSerta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
ENWe called to him, "O Abraham,
قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآ ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
MS"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ENYou have fulfilled the vision." Indeed, We thus reward the doers of good.
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلْبَلَـٰٓؤُا۟ ٱلْمُبِينُ
MSSesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
ENIndeed, this was the clear trial.
وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ
MSDan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
ENAnd We ransomed him with a great sacrifice,
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ENAnd We left for him [favorable mention] among later generations:
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ
MS"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
EN"Peace upon Abraham."
كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
MSDemikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ENIndeed, We thus reward the doers of good.
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
MSSesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ENIndeed, he was of Our believing servants.
وَبَشَّرْنَـٰهُ بِإِسْحَـٰقَ نَبِيًّۭا مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
MSDan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
ENAnd We gave him good tidings of Isaac, a prophet from among the righteous.
وَبَـٰرَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَىٰٓ إِسْحَـٰقَ ۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌۭ وَظَالِمٌۭ لِّنَفْسِهِۦ مُبِينٌۭ
MSDan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
ENAnd We blessed him and Isaac. But among their descendants is the doer of good and the clearly unjust to himself [i.e., sinner].
وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ
MSDan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
ENAnd We did certainly confer favor upon Moses and Aaron.
وَنَجَّيْنَـٰهُمَا وَقَوْمَهُمَا مِنَ ٱلْكَرْبِ ٱلْعَظِيمِ
MSDan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;
ENAnd We saved them and their people from the great affliction,
وَنَصَرْنَـٰهُمْ فَكَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَـٰلِبِينَ
MSDan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);
ENAnd We supported them so it was they who overcame.
وَءَاتَيْنَـٰهُمَا ٱلْكِتَـٰبَ ٱلْمُسْتَبِينَ
MSDan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;
ENAnd We gave them the explicit Scripture [i.e., the Torah],
وَهَدَيْنَـٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
MSDan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.
ENAnd We guided them on the straight path.
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِمَا فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ENAnd We left for them [favorable mention] among later generations:
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ
MS"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
EN"Peace upon Moses and Aaron."
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
MSDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ENIndeed, We thus reward the doers of good.
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
MSSesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ENIndeed, they were of Our believing servants.
وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ
MSDan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ENAnd indeed, Elias was from among the messengers,
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ
MS(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ENWhen he said to his people, "Will you not fear Allāh?
أَتَدْعُونَ بَعْلًۭا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ ٱلْخَـٰلِقِينَ
MS"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
ENDo you call upon Baʿl and leave the best of creators -
ٱللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ
MS"Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
ENAllāh, your Lord and the Lord of your first forefathers?"
فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ
MSMaka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
ENAnd they denied him, so indeed, they will be brought [for punishment],
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
MSKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
ENExcept the chosen servants of Allāh.
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
ENAnd We left for him [favorable mention] among later generations:
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِلْ يَاسِينَ
MS"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
EN"Peace upon Elias."
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
MSDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
ENIndeed, We thus reward the doers of good.
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ
MSSesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ENIndeed, he was of Our believing servants.
وَإِنَّ لُوطًۭا لَّمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ
MSDan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ENAnd indeed, Lot was among the messengers.
إِذْ نَجَّيْنَـٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ
MS(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
EN[So mention] when We saved him and his family, all,
إِلَّا عَجُوزًۭا فِى ٱلْغَـٰبِرِينَ
MSKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
ENExcept an old woman [i.e., his wife] among those who remained [with the evildoers].
ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ
MSKemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
ENThen We destroyed the others.
وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ
MSDan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
ENAnd indeed, you pass by them in the morning
وَبِٱلَّيْلِ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
MSDan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
ENAnd at night. Then will you not use reason?
وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ
MSDan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
ENAnd indeed, Jonah was among the messengers.
إِذْ أَبَقَ إِلَى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ
MS(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
EN[Mention] when he ran away to the laden ship.
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلْمُدْحَضِينَ
MS(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
ENAnd he drew lots and was among the losers.
فَٱلْتَقَمَهُ ٱلْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌۭ
MSSetelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
ENThen the fish swallowed him, while he was blameworthy.
فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ
MSMaka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
ENAnd had he not been of those who exalt Allāh,
لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
MSTentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
ENHe would have remained inside its belly until the Day they are resurrected.
۞ فَنَبَذْنَـٰهُ بِٱلْعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٌۭ
MSOleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
ENBut We threw him onto the open shore while he was ill.
وَأَنۢبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةًۭ مِّن يَقْطِينٍۢ
MSDan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
ENAnd We caused to grow over him a gourd vine.
وَأَرْسَلْنَـٰهُ إِلَىٰ مِا۟ئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ
MSDan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
ENAnd We sent him to [his people of] a hundred thousand or more.
فَـَٔامَنُوا۟ فَمَتَّعْنَـٰهُمْ إِلَىٰ حِينٍۢ
MS(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
ENAnd they believed, so We gave them enjoyment [of life] for a time.
فَٱسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ ٱلْبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلْبَنُونَ
MS(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
ENSo inquire of them, [O Muḥammad], "Does your Lord have daughters while they have sons?
أَمْ خَلَقْنَا ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ إِنَـٰثًۭا وَهُمْ شَـٰهِدُونَ
MSAtau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
ENOr did We create the angels as females while they were witnesses?"
أَلَآ إِنَّهُم مِّنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ
MSKetahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
ENUnquestionably, it is out of their [invented] falsehood that they say,
وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَـٰذِبُونَ
MS"Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
EN"Allāh has begotten," and indeed, they are liars.
أَصْطَفَى ٱلْبَنَاتِ عَلَى ٱلْبَنِينَ
MS(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
ENHas He chosen daughters over sons?
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
MSApa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
ENWhat is [wrong] with you? How do you make judgement?
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
MSSetelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
ENThen will you not be reminded?
أَمْ لَكُمْ سُلْطَـٰنٌۭ مُّبِينٌۭ
MSAtau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
ENOr do you have a clear authority?
فَأْتُوا۟ بِكِتَـٰبِكُمْ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ
MS(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
ENThen produce your scripture, if you should be truthful.
وَجَعَلُوا۟ بَيْنَهُۥ وَبَيْنَ ٱلْجِنَّةِ نَسَبًۭا ۚ وَلَقَدْ عَلِمَتِ ٱلْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ
MS(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
ENAnd they have made [i.e., claimed] between Him and the jinn a lineage, but the jinn have already known that they [who made such claims] will be brought [to punishment].
سُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
MSMaha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
ENExalted is Allāh above what they describe,
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
MSKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
ENExcept the chosen servants of Allāh [who do not share in that sin].
فَإِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ
MSMaka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
ENSo indeed, you [disbelievers] and whatever you worship,
مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَـٰتِنِينَ
MSTidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
ENYou cannot tempt [anyone] away from Him
إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ ٱلْجَحِيمِ
MSkecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
ENExcept he who is to [enter and] burn in the Hellfire.
وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٌۭ مَّعْلُومٌۭ
MS(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
EN[The angels say], "There is not among us any except that he has a known position.
وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلصَّآفُّونَ
MS"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
ENAnd indeed, we are those who line up [for prayer].
وَإِنَّا لَنَحْنُ ٱلْمُسَبِّحُونَ
MS"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
ENAnd indeed, we are those who exalt Allāh."
وَإِن كَانُوا۟ لَيَقُولُونَ
MSDan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
ENAnd indeed, they [i.e., the disbelievers] used to say,
لَوْ أَنَّ عِندَنَا ذِكْرًۭا مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
MS"Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
EN"If we had a message from [those of] the former peoples,
لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ
MS"Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
ENWe would have been the chosen servants of Allāh."
فَكَفَرُوا۟ بِهِۦ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
MS(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
ENBut they disbelieved in it, so they are going to know.
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ
MSDan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
ENAnd Our word [i.e., decree] has already preceded for Our servants, the messengers,
إِنَّهُمْ لَهُمُ ٱلْمَنصُورُونَ
MSBahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
EN[That] indeed, they would be those given victory
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلْغَـٰلِبُونَ
MSDan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
ENAnd [that] indeed, Our soldiers [i.e., the believers] will be those who overcome.
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍۢ
MSOleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
ENSo, [O Muḥammad], leave them for a time.
وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ
MSDan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
ENAnd see [what will befall] them, for they are going to see.
أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ
MSMaka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
ENThen for Our punishment are they impatient?
فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلْمُنذَرِينَ
MSKerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
ENBut when it descends in their territory, then evil is the morning of those who were warned.
وَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّىٰ حِينٍۢ
MSDan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
ENAnd leave them for a time.
وَأَبْصِرْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ
MSDan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
ENAnd see, for they are going to see.
سُبْحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
MSAkuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!
ENExalted is your Lord, the Lord of might, above what they describe.
وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ
MSDan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
ENAnd peace upon the messengers.
وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
MSSerta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
ENAnd praise to Allāh, Lord of the worlds.
How many ayat are in Surah As-Saffat?
Surah As-Saffat has 182 ayat.
Where was Surah As-Saffat revealed?
Surah As-Saffat was revealed in Makkah, and it is the 56th surah in the order of revelation.
What page is Surah As-Saffat on?
In the Madani mushaf, Surah As-Saffat runs across pages 446–452, in juz 23.