TaubatAppTaubat.App

Surah 26 of 114 · Juz 19

Surah Ash-Shu'araالشعراء

227 ayat, makkan, written on pages 367–376 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.

Malay name
Para Penyair
Meaning
The Poets
Ayat
227
Revealed in
Makkah
Order revealed
47
Mushaf pages
367–376
Read it in the mushaf →

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1Page 367

طسٓمٓ

MSTaa, Siin, Miim.

ENṬā, Seen, Meem.

2Page 367

تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ

MSIni ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

ENThese are the verses of the clear Book.

3Page 367

لَعَلَّكَ بَـٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا۟ مُؤْمِنِينَ

MSJangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

ENPerhaps, [O Muḥammad], you would kill yourself with grief that they will not be believers.

4Page 367

إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةًۭ فَظَلَّتْ أَعْنَـٰقُهُمْ لَهَا خَـٰضِعِينَ

MSKalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

ENIf We willed, We could send down to them from the sky a sign for which their necks would remain humbled.

5Page 367

وَمَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍۢ مِّنَ ٱلرَّحْمَـٰنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا۟ عَنْهُ مُعْرِضِينَ

MSDan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

ENAnd no mention [i.e., revelation] comes to them anew from the Most Merciful except that they turn away from it.

6Page 367

فَقَدْ كَذَّبُوا۟ فَسَيَأْتِيهِمْ أَنۢبَـٰٓؤُا۟ مَا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ

MSOleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

ENFor they have already denied, but there will come to them the news of that which they used to ridicule.

7Page 367

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلْأَرْضِ كَمْ أَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۢ كَرِيمٍ

MSMasihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

ENDid they not look at the earth - how much We have produced therein from every noble kind?

8Page 367

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

9Page 367

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

10Page 367

وَإِذْ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئْتِ ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

MSDan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

ENAnd [mention] when your Lord called Moses, [saying], "Go to the wrongdoing people -

11Page 367

قَوْمَ فِرْعَوْنَ ۚ أَلَا يَتَّقُونَ

MS"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"

ENThe people of Pharaoh. Will they not fear Allāh?"

12Page 367

قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

MSNabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

ENHe said, "My Lord, indeed I fear that they will deny me

13Page 367

وَيَضِيقُ صَدْرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرْسِلْ إِلَىٰ هَـٰرُونَ

MS"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

ENAnd that my breast will tighten and my tongue will not be fluent, so send for Aaron.

14Page 367

وَلَهُمْ عَلَىَّ ذَنۢبٌۭ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ

MS"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".

ENAnd they have upon me a [claim due to] sin, so I fear that they will kill me."

15Page 367

قَالَ كَلَّا ۖ فَٱذْهَبَا بِـَٔايَـٰتِنَآ ۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ

MSAllah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

EN[Allāh] said, "No. Go both of you with Our signs; indeed, We are with you, listening.

16Page 367

فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

ENGo to Pharaoh and say, 'We are the messengers of the Lord of the worlds,

17Page 367

أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

MS"Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".

EN[Commanded to say], "Send with us the Children of Israel."'"

18Page 367

قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًۭا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ

MSFiraun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

EN[Pharaoh] said, "Did we not raise you among us as a child, and you remained among us for years of your life?

19Page 367

وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ ٱلَّتِى فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلْكَـٰفِرِينَ

MS"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"

ENAnd [then] you did your deed which you did, and you were of the ungrateful."

20Page 368

قَالَ فَعَلْتُهَآ إِذًۭا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

MSNabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

EN[Moses] said, "I did it, then, while I was of those astray [i.e., ignorant].

21Page 368

فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِى رَبِّى حُكْمًۭا وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

ENSo I fled from you when I feared you. Then my Lord granted me judgement [i.e., wisdom and prophet hood] and appointed me [as one] of the messengers.

22Page 368

وَتِلْكَ نِعْمَةٌۭ تَمُنُّهَا عَلَىَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

MS"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

ENAnd is this a favor of which you remind me - that you have enslaved the Children of Israel?"

23Page 368

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MSFiraun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"

ENSaid Pharaoh, "And what is the Lord of the worlds?"

24Page 368

قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآ ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

MSNabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".

EN[Moses] said, "The Lord of the heavens and earth and that between them, if you should be convinced."

25Page 368

قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُۥٓ أَلَا تَسْتَمِعُونَ

MSFiraun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"

EN[Pharaoh] said to those around him, "Do you not hear?"

26Page 368

قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ

MSNabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."

EN[Moses] said, "Your Lord and the Lord of your first forefathers."

27Page 368

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌۭ

MSFiraun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"

EN[Pharaoh] said, "Indeed, your 'messenger' who has been sent to you is mad."

28Page 368

قَالَ رَبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَآ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

MSNabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"

EN[Moses] said, "Lord of the east and the west and that between them, if you were to reason."

29Page 368

قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذْتَ إِلَـٰهًا غَيْرِى لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ ٱلْمَسْجُونِينَ

MSFiraun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".

EN[Pharaoh] said, "If you take a god other than me, I will surely place you among those imprisoned."

30Page 368

قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَىْءٍۢ مُّبِينٍۢ

MSNabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"

EN[Moses] said, "Even if I brought you something [i.e., proof] manifest?"

31Page 368

قَالَ فَأْتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ

MSFiraun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

EN[Pharaoh] said, "Then bring it, if you should be of the truthful."

32Page 368

فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعْبَانٌۭ مُّبِينٌۭ

MSNabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

ENSo [Moses] threw his staff, and suddenly it was a serpent manifest.

33Page 368

وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِىَ بَيْضَآءُ لِلنَّـٰظِرِينَ

MSDan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

ENAnd he drew out his hand; thereupon it was white for the observers.

34Page 368

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُۥٓ إِنَّ هَـٰذَا لَسَـٰحِرٌ عَلِيمٌۭ

MSFiraun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

EN[Pharaoh] said to the eminent ones around him, "Indeed, this is a learned magician.

35Page 368

يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِۦ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ

MS"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"

ENHe wants to drive you out of your land by his magic, so what do you advise?"

36Page 368

قَالُوٓا۟ أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَٱبْعَثْ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ

MSMereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

ENThey said, "Postpone [the matter of] him and his brother and send among the cities gatherers

37Page 368

يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍۢ

MS"Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".

ENWho will bring you every learned, skilled magician."

38Page 368

فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَـٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ

MSLalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

ENSo the magicians were assembled for the appointment of a well-known day.

39Page 368

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ

MSDan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.

ENAnd it was said to the people, "Will you congregate.

40Page 369

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُوا۟ هُمُ ٱلْغَـٰلِبِينَ

MS"Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".

ENThat we might follow the magicians if they are the predominant?"

41Page 369

فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُوا۟ لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ ٱلْغَـٰلِبِينَ

MSMaka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"

ENAnd when the magicians arrived, they said to Pharaoh, "Is there indeed for us a reward if we are the predominant?"

42Page 369

قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًۭا لَّمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ

MSFiraun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".

ENHe said, "Yes, and indeed, you will then be of those near [to me]."

43Page 369

قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلْقُوا۟ مَآ أَنتُم مُّلْقُونَ

MSNabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".

ENMoses said to them, "Throw whatever you will throw."

44Page 369

فَأَلْقَوْا۟ حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا۟ بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ ٱلْغَـٰلِبُونَ

MSLalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".

ENSo they threw their ropes and their staffs and said, "By the might of Pharaoh, indeed it is we who are predominant."

45Page 369

فَأَلْقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ

MSKemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

ENThen Moses threw his staff, and at once it devoured what they falsified.

46Page 369

فَأُلْقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ

MSMaka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,

ENSo the magicians fell down in prostration [to Allāh].

47Page 369

قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MSSambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

ENThey said, "We have believed in the Lord of the worlds,

48Page 369

رَبِّ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ

MS"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".

ENThe Lord of Moses and Aaron."

49Page 369

قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَـٰفٍۢ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

MSFiraun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".

EN[Pharaoh] said, "You believed him [i.e., Moses] before I gave you permission. Indeed, he is your leader who has taught you magic, but you are going to know. I will surely cut off your hands and your feet on opposite sides, and I will surely crucify you all."

50Page 369

قَالُوا۟ لَا ضَيْرَ ۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ

MSMereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

ENThey said, "No harm. Indeed, to our Lord we will return.

51Page 369

إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَـٰيَـٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MS"Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".

ENIndeed, we aspire that our Lord will forgive us our sins because we were the first of the believers."

52Page 369

۞ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

MS(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".

ENAnd We inspired to Moses, "Travel by night with My servants; indeed, you will be pursued."

53Page 369

فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِى ٱلْمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ

MS(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

ENThen Pharaoh sent among the cities gatherers

54Page 369

إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَشِرْذِمَةٌۭ قَلِيلُونَ

MS(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

EN[And said], "Indeed, those are but a small band,

55Page 369

وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَآئِظُونَ

MS"Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

ENAnd indeed, they are enraging us,

56Page 369

وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَـٰذِرُونَ

MS"Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".

ENAnd indeed, we are a cautious society..."

57Page 369

فَأَخْرَجْنَـٰهُم مِّن جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ

MSDengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

ENSo We removed them from gardens and springs

58Page 369

وَكُنُوزٍۢ وَمَقَامٍۢ كَرِيمٍۢ

MSDan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

ENAnd treasures and honorable station -

59Page 369

كَذَٰلِكَ وَأَوْرَثْنَـٰهَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

MSDemikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

ENThus. And We caused to inherit it the Children of Israel.

60Page 369

فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ

MSMaka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

ENSo they pursued them at sunrise.

61Page 370

فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَـٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ

MSSetelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

ENAnd when the two companies saw one another, the companions of Moses said, "Indeed, we are to be overtaken!"

62Page 370

قَالَ كَلَّآ ۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ

MSNabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

EN[Moses] said, "No! Indeed, with me is my Lord; He will guide me."

63Page 370

فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَ ۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍۢ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ

MSLalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

ENThen We inspired to Moses, "Strike with your staff the sea," and it parted, and each portion was like a great towering mountain.

64Page 370

وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ ٱلْـَٔاخَرِينَ

MSDan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

ENAnd We advanced thereto the others [i.e., the pursuers].

65Page 370

وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

MSDan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

ENAnd We saved Moses and those with him, all together.

66Page 370

ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

MSKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

ENThen We drowned the others.

67Page 370

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

68Page 370

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

69Page 370

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَٰهِيمَ

MSDan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

ENAnd recite to them the news of Abraham,

70Page 370

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦ مَا تَعْبُدُونَ

MSKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

ENWhen he said to his father and his people, "What do you worship?"

71Page 370

قَالُوا۟ نَعْبُدُ أَصْنَامًۭا فَنَظَلُّ لَهَا عَـٰكِفِينَ

MSMereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

ENThey said, "We worship idols and remain to them devoted."

72Page 370

قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ

MSNabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

ENHe said, "Do they hear you when you supplicate?

73Page 370

أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ

MS"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

ENOr do they benefit you, or do they harm?"

74Page 370

قَالُوا۟ بَلْ وَجَدْنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

MSMereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

ENThey said, "But we found our fathers doing thus."

75Page 370

قَالَ أَفَرَءَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

MSNabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

ENHe said, "Then do you see what you have been worshipping,

76Page 370

أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلْأَقْدَمُونَ

MS"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

ENYou and your ancient forefathers?

77Page 370

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّۭ لِّىٓ إِلَّا رَبَّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

ENIndeed, they are enemies to me, except the Lord of the worlds,

78Page 370

ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ

MS"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

ENWho created me, and He [it is who] guides me.

79Page 370

وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ

MS"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

ENAnd it is He who feeds me and gives me drink.

80Page 370

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

MS"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

ENAnd when I am ill, it is He who cures me

81Page 370

وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ

MS"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

ENAnd who will cause me to die and then bring me to life

82Page 370

وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ

MS"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

ENAnd who I aspire that He will forgive me my sin on the Day of Recompense."

83Page 370

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ

MS"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

EN[And he said], "My Lord, grant me authority and join me with the righteous.

84Page 371

وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍۢ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ

MS"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

ENAnd grant me a mention [i.e., reputation] of honor among later generations.

85Page 371

وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ

MS"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

ENAnd place me among the inheritors of the Garden of Pleasure.

86Page 371

وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

MS"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

ENAnd forgive my father. Indeed, he has been of those astray.

87Page 371

وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

MS"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

ENAnd do not disgrace me on the Day they are [all] resurrected -

88Page 371

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌۭ وَلَا بَنُونَ

MS"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

ENThe Day when there will not benefit [anyone] wealth or children

89Page 371

إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍۢ سَلِيمٍۢ

MS"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

ENBut only one who comes to Allāh with a sound heart."

90Page 371

وَأُزْلِفَتِ ٱلْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

MS"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

ENAnd Paradise will be brought near [that Day] to the righteous.

91Page 371

وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ

MS"Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

ENAnd Hellfire will be brought forth for the deviators,

92Page 371

وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

MS"Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -

ENAnd it will be said to them, "Where are those you used to worship

93Page 371

مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ

MS` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '

ENOther than Allāh? Can they help you or help themselves?"

94Page 371

فَكُبْكِبُوا۟ فِيهَا هُمْ وَٱلْغَاوُۥنَ

MS"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,

ENSo they will be overturned into it [i.e., Hellfire], they and the deviators

95Page 371

وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ

MS"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

ENAnd the soldiers of Iblees, all together.

96Page 371

قَالُوا۟ وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ

MS"Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:

ENThey will say while they dispute therein,

97Page 371

تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍ

MS" ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

EN"By Allāh, we were indeed in manifest error

98Page 371

إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS" ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

ENWhen we equated you with the Lord of the worlds.

99Page 371

وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلْمُجْرِمُونَ

MS" ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

ENAnd no one misguided us except the criminals.

100Page 371

فَمَا لَنَا مِن شَـٰفِعِينَ

MS" ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

ENSo now we have no intercessors

101Page 371

وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍۢ

MS" ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

ENAnd not a devoted friend.

102Page 371

فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةًۭ فَنَكُونَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MS" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "

ENThen if we only had a return [to the world] and could be of the believers..."

103Page 371

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

104Page 371

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

105Page 371

كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

ENThe people of Noah denied the messengers

106Page 371

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

MSKetika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

ENWhen their brother Noah said to them, "Will you not fear Allāh?

107Page 371

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ

MS"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

ENIndeed, I am to you a trustworthy messenger.

108Page 371

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

109Page 371

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

110Page 371

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".

ENSo fear Allāh and obey me."

111Page 371

۞ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلْأَرْذَلُونَ

MSMereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"

ENThey said, "Should we believe you while you are followed by the lowest [class of people]?"

112Page 372

قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

MSNabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

ENHe said, "And what is my knowledge of what they used to do?

113Page 372

إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّى ۖ لَوْ تَشْعُرُونَ

MS"Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

ENTheir account is only upon my Lord, if you [could] perceive.

114Page 372

وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MS"Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

ENAnd I am not one to drive away the believers.

115Page 372

إِنْ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ

MS"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

ENI am only a clear warner."

116Page 372

قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَـٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمَرْجُومِينَ

MSMereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

ENThey said, "If you do not desist, O Noah, you will surely be of those who are stoned."

117Page 372

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِى كَذَّبُونِ

MSNabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

ENHe said, "My Lord, indeed my people have denied me.

118Page 372

فَٱفْتَحْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَتْحًۭا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MS"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"

ENThen judge between me and them with decisive judgement and save me and those with me of the believers."

119Page 372

فَأَنجَيْنَـٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ

MSMaka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

ENSo We saved him and those with him in the laden ship.

120Page 372

ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ ٱلْبَاقِينَ

MSKemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

ENThen We drowned thereafter the remaining ones.

121Page 372

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

122Page 372

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

123Page 372

كَذَّبَتْ عَادٌ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

ENʿAad denied the messengers

124Page 372

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

MSKetika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

ENWhen their brother Hūd said to them, "Will you not fear Allāh?

125Page 372

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ

MS"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

ENIndeed, I am to you a trustworthy messenger.

126Page 372

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

127Page 372

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

128Page 372

أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةًۭ تَعْبَثُونَ

MS"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

ENDo you construct on every elevation a sign, amusing yourselves,

129Page 372

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ

MS"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

ENAnd take for yourselves constructions [i.e., palaces and fortresses] that you might abide eternally?

130Page 372

وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

MS"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

ENAnd when you strike, you strike as tyrants.

131Page 372

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

132Page 372

وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ

MS"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

ENAnd fear He who provided you with that which you know,

133Page 372

أَمَدَّكُم بِأَنْعَـٰمٍۢ وَبَنِينَ

MS"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

ENProvided you with grazing livestock and children

134Page 372

وَجَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍ

MS"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).

ENAnd gardens and springs.

135Page 372

إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍۢ

MS"Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

ENIndeed, I fear for you the punishment of a terrible day."

136Page 372

قَالُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْنَآ أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ ٱلْوَٰعِظِينَ

MSMereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

ENThey said, "It is all the same to us whether you advise or are not of the advisors.

137Page 373

إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلْأَوَّلِينَ

MS"Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,

ENThis is not but the custom of the former peoples,

138Page 373

وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

MS"Dan kami pula tidak akan diseksa".

ENAnd we are not to be punished."

139Page 373

فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَـٰهُمْ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSAkhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENAnd they denied him, so We destroyed them. Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

140Page 373

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

141Page 373

كَذَّبَتْ ثَمُودُ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

ENThamūd denied the messengers

142Page 373

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَـٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

MSKetika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

ENWhen their brother Ṣāliḥ said to them, "Will you not fear Allāh?

143Page 373

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ

MS"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

ENIndeed, I am to you a trustworthy messenger.

144Page 373

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

145Page 373

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

146Page 373

أَتُتْرَكُونَ فِى مَا هَـٰهُنَآ ءَامِنِينَ

MS"Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -

ENWill you be left in what is here, secure [from death],

147Page 373

فِى جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ

MS"Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),

ENWithin gardens and springs

148Page 373

وَزُرُوعٍۢ وَنَخْلٍۢ طَلْعُهَا هَضِيمٌۭ

MS"Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

ENAnd fields of crops and palm trees with softened fruit?

149Page 373

وَتَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًۭا فَـٰرِهِينَ

MS"Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

ENAnd you carve out of the mountains, homes, with skill.

150Page 373

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

ENSo fear Allāh and obey me.

151Page 373

وَلَا تُطِيعُوٓا۟ أَمْرَ ٱلْمُسْرِفِينَ

MS"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -

ENAnd do not obey the order of the transgressors,

152Page 373

ٱلَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

MS"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".

ENWho cause corruption in the land and do not amend."

153Page 373

قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ

MSMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

ENThey said, "You are only of those affected by magic.

154Page 373

مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ

MS"Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

ENYou are but a man like ourselves, so bring a sign, if you should be of the truthful."

155Page 373

قَالَ هَـٰذِهِۦ نَاقَةٌۭ لَّهَا شِرْبٌۭ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ

MSNabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

ENHe said, "This is a she-camel. For her is a [time of] drink, and for you is a [time of] drink, [each] on a known day.

156Page 373

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍۢ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍۢ

MS"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

ENAnd do not touch her with harm, lest you be seized by the punishment of a terrible day."

157Page 373

فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا۟ نَـٰدِمِينَ

MSAkhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

ENBut they hamstrung her and so became regretful.

158Page 373

فَأَخَذَهُمُ ٱلْعَذَابُ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSLalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENAnd the punishment seized them. Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

159Page 373

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

160Page 374

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

ENThe people of Lot denied the messengers

161Page 374

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

MSKetika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

ENWhen their brother Lot said to them, "Will you not fear Allāh?

162Page 374

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ

MS"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

ENIndeed, I am to you a trustworthy messenger.

163Page 374

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

164Page 374

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

165Page 374

أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

ENDo you approach males among the worlds

166Page 374

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

MS"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

ENAnd leave what your Lord has created for you as mates? But you are a people transgressing."

167Page 374

قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَـٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُخْرَجِينَ

MSMereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

ENThey said, "If you do not desist, O Lot, you will surely be of those evicted."

168Page 374

قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلْقَالِينَ

MSNabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

ENHe said, "Indeed, I am, toward your deed, of those who detest [it].

169Page 374

رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

MS(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

ENMy Lord, save me and my family from [the consequence of] what they do."

170Page 374

فَنَجَّيْنَـٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

MSMaka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

ENSo We saved him and his family, all,

171Page 374

إِلَّا عَجُوزًۭا فِى ٱلْغَـٰبِرِينَ

MSKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

ENExcept an old woman among those who remained behind.

172Page 374

ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْـَٔاخَرِينَ

MSKemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

ENThen We destroyed the others.

173Page 374

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًۭا ۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلْمُنذَرِينَ

MSDan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

ENAnd We rained upon them a rain [of stones], and evil was the rain of those who were warned.

174Page 374

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

175Page 374

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

176Page 374

كَذَّبَ أَصْحَـٰبُ لْـَٔيْكَةِ ٱلْمُرْسَلِينَ

MS(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

ENThe companions of the thicket [i.e., the people of Madyan] denied the messengers

177Page 374

إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

MSKetika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

ENWhen Shuʿayb said to them, "Will you not fear Allāh?

178Page 374

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ

MS"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

ENIndeed, I am to you a trustworthy messenger.

179Page 374

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

MS"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

ENSo fear Allāh and obey me.

180Page 374

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MS"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

181Page 374

۞ أَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُخْسِرِينَ

MS"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

ENGive full measure and do not be of those who cause loss.

182Page 374

وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ

MS"Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

ENAnd weigh with an even [i.e., honest] balance.

183Page 374

وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

MS"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

ENAnd do not deprive people of their due and do not commit abuse on earth, spreading corruption.

184Page 375

وَٱتَّقُوا۟ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلْجِبِلَّةَ ٱلْأَوَّلِينَ

MS"Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".

ENAnd fear He who created you and the former creation."

185Page 375

قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ

MSMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

ENThey said, "You are only of those affected by magic.

186Page 375

وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلْكَـٰذِبِينَ

MS"Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

ENYou are but a man like ourselves, and indeed, we think you are among the liars.

187Page 375

فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ

MSOleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

ENSo cause to fall upon us fragments of the sky, if you should be of the truthful."

188Page 375

قَالَ رَبِّىٓ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

MSNabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".

ENHe said, "My Lord is most knowing of what you do."

189Page 375

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ ٱلظُّلَّةِ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

MSMaka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).

ENAnd they denied him, so the punishment of the day of the black cloud seized them. Indeed, it was the punishment of a terrible day.

190Page 375

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

MSSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

ENIndeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

191Page 375

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

MSDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

ENAnd indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.

192Page 375

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

MSDan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

ENAnd indeed, it [i.e., the Qur’ān] is the revelation of the Lord of the worlds.

193Page 375

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ

MSIa dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

ENThe Trustworthy Spirit [i.e., Gabriel] has brought it down

194Page 375

عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ

MSKe dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

ENUpon your heart, [O Muḥammad] - that you may be of the warners -

195Page 375

بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّۢ مُّبِينٍۢ

MS(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

ENIn a clear Arabic language.

196Page 375

وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلْأَوَّلِينَ

MSDan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.

ENAnd indeed, it is [mentioned] in the scriptures of former peoples.

197Page 375

أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ ءَايَةً أَن يَعْلَمَهُۥ عُلَمَـٰٓؤُا۟ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ

MS(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

ENAnd has it not been a sign to them that it is recognized by the scholars of the Children of Israel?

198Page 375

وَلَوْ نَزَّلْنَـٰهُ عَلَىٰ بَعْضِ ٱلْأَعْجَمِينَ

MSDan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

ENAnd even if We had revealed it to one among the foreigners

199Page 375

فَقَرَأَهُۥ عَلَيْهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ مُؤْمِنِينَ

MSKemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

ENAnd he had recited it to them [perfectly], they would [still] not have been believers in it.

200Page 375

كَذَٰلِكَ سَلَكْنَـٰهُ فِى قُلُوبِ ٱلْمُجْرِمِينَ

MSDemikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.

ENThus have We inserted it [i.e., disbelief] into the hearts of the criminals.

201Page 375

لَا يُؤْمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُا۟ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَلِيمَ

MSMereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

ENThey will not believe in it until they see the painful punishment.

202Page 375

فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةًۭ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

MSLalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

ENAnd it will come to them suddenly while they perceive [it] not.

203Page 375

فَيَقُولُوا۟ هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ

MSMaka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"

ENAnd they will say, "May we be reprieved?"

204Page 375

أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

MS(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

ENSo for Our punishment are they impatient?

205Page 375

أَفَرَءَيْتَ إِن مَّتَّعْنَـٰهُمْ سِنِينَ

MSBagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

ENThen have you considered if We gave them enjoyment for years

206Page 375

ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُوا۟ يُوعَدُونَ

MSKemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

ENAnd then there came to them that which they were promised?

207Page 376

مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يُمَتَّعُونَ

MS(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

ENThey would not be availed by the enjoyment with which they were provided.

208Page 376

وَمَآ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ

MSDan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

ENAnd We did not destroy any city except that it had warners

209Page 376

ذِكْرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَـٰلِمِينَ

MSMemperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

ENAs a reminder; and never have We been unjust.

210Page 376

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ ٱلشَّيَـٰطِينُ

MSDan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

ENAnd the devils have not brought it [i.e., the revelation] down.

211Page 376

وَمَا يَنۢبَغِى لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

MSDan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

ENIt is not allowable for them, nor would they be able.

212Page 376

إِنَّهُمْ عَنِ ٱلسَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

MSSesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

ENIndeed they, from [its] hearing, are removed.

213Page 376

فَلَا تَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلْمُعَذَّبِينَ

MSMaka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

ENSo do not invoke with Allāh another deity and [thus] be among the punished.

214Page 376

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ

MSDan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

ENAnd warn, [O Muḥammad], your closest kindred.

215Page 376

وَٱخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

MSDan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

ENAnd lower your wing [i.e., show kindness] to those who follow you of the believers.

216Page 376

فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّى بَرِىٓءٌۭ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

MSKemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"

ENAnd if they disobey you, then say, "Indeed, I am disassociated from what you are doing."

217Page 376

وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ

MSDan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

ENAnd rely upon the Exalted in Might, the Merciful,

218Page 376

ٱلَّذِى يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ

MSYang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

ENWho sees you when you arise

219Page 376

وَتَقَلُّبَكَ فِى ٱلسَّـٰجِدِينَ

MSDan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

ENAnd your movement among those who prostrate.

220Page 376

إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

MSSesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

ENIndeed, He is the Hearing, the Knowing.

221Page 376

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَـٰطِينُ

MSMahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

ENShall I inform you upon whom the devils descend?

222Page 376

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍۢ

MSMereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

ENThey descend upon every sinful liar.

223Page 376

يُلْقُونَ ٱلسَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَـٰذِبُونَ

MSYang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

ENThey pass on what is heard, and most of them are liars.

224Page 376

وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلْغَاوُۥنَ

MSDan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

ENAnd the poets - [only] the deviators follow them;

225Page 376

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِى كُلِّ وَادٍۢ يَهِيمُونَ

MSTidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

ENDo you not see that in every valley they roam

226Page 376

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

MSDan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

ENAnd that they say what they do not do? -

227Page 376

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا وَٱنتَصَرُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ ۗ وَسَيَعْلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ أَىَّ مُنقَلَبٍۢ يَنقَلِبُونَ

MSKecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

ENExcept those [poets] who believe and do righteous deeds and remember Allāh often and defend [the Muslims] after they were wronged. And those who have wronged are going to know to what [kind of] return they will be returned.

Common questions

How many ayat are in Surah Ash-Shu'ara?

Surah Ash-Shu'ara has 227 ayat.

Where was Surah Ash-Shu'ara revealed?

Surah Ash-Shu'ara was revealed in Makkah, and it is the 47th surah in the order of revelation.

What page is Surah Ash-Shu'ara on?

In the Madani mushaf, Surah Ash-Shu'ara runs across pages 367–376, in juz 19.