يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ
MSWahai orang yang berselimut!
ENO you who covers himself [with a garment],
Surah 74 of 114 · Juz 29
56 ayat, makkan, written on pages 575–577 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ
MSWahai orang yang berselimut!
ENO you who covers himself [with a garment],
قُمْ فَأَنذِرْ
MSBangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
ENArise and warn.
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
MSDan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
ENAnd your Lord glorify.
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
MSDan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
ENAnd your clothing purify.
وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ
MSDan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
ENAnd uncleanliness avoid.
وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ
MSDan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
ENAnd do not confer favor to acquire more.
وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ
MSDan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
ENBut for your Lord be patient.
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ
MSKerana apabila telah ditiup sangkakala,
ENAnd when the trumpet is blown,
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍۢ يَوْمٌ عَسِيرٌ
MSMaka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
ENThat Day will be a difficult day
عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍۢ
MSKepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ENFor the disbelievers - not easy.
ذَرْنِى وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًۭا
MS(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
ENLeave Me with the one I created alone
وَجَعَلْتُ لَهُۥ مَالًۭا مَّمْدُودًۭا
MSDan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
ENAnd to whom I granted extensive wealth
وَبَنِينَ شُهُودًۭا
MSSerta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
ENAnd children present [with him]
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمْهِيدًۭا
MSDan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ENAnd spread [everything] before him, easing [his life].
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
MSKemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
ENThen he desires that I should add more.
كَلَّآ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِـَٔايَـٰتِنَا عَنِيدًۭا
MSTidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
ENNo! Indeed, he has been toward Our verses obstinate.
سَأُرْهِقُهُۥ صَعُودًا
MSAku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
ENI will cover him with arduous torment.
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
MSKerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
ENIndeed, he thought and deliberated.
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
MSMaka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ENSo may he be destroyed [for] how he deliberated.
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
MSSekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ENThen may he be destroyed [for] how he deliberated.
ثُمَّ نَظَرَ
MSKemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ENThen he considered [again];
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
MSSetelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ENThen he frowned and scowled;
ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ
MSKemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
ENThen he turned back and was arrogant
فَقَالَ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ يُؤْثَرُ
MSSerta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
ENAnd said, "This is not but magic imitated [from others].
إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ
MS"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
ENThis is not but the word of a human being."
سَأُصْلِيهِ سَقَرَ
MS(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
ENI will drive him into Saqar.
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ
MSDan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
ENAnd what can make you know what is Saqar?
لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ
MSIa membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
ENIt lets nothing remain and leaves nothing [unburned],
لَوَّاحَةٌۭ لِّلْبَشَرِ
MSIa terus-menerus membakar kulit manusia!
ENAltering [i.e., blackening] the skins.
عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
MSPengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
ENOver it are nineteen [angels].
وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةًۭ ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةًۭ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَـٰنًۭا ۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ وَٱلْكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًۭا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ
MSDan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
ENAnd We have not made the keepers of the Fire except angels. And We have not made their number except as a trial for those who disbelieve - that those who were given the Scripture will be convinced and those who have believed will increase in faith and those who were given the Scripture and the believers will not doubt and that those in whose hearts is disease [i.e., hypocrisy] and the disbelievers will say, "What does Allāh intend by this as an example?" Thus does Allāh send astray whom He wills and guide whom He wills. And none knows the soldiers of your Lord except Him. And it [i.e., mention of the Fire] is not but a reminder to humanity.
كَلَّا وَٱلْقَمَرِ
MSSebenarnya! Demi bulan,
ENNo! By the moon.
وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ
MSDan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
ENAnd [by] the night when it departs.
وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ
MSDan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
ENAnd [by] the morning when it brightens,
إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ
MSSesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
ENIndeed, it [i.e., the Fire] is of the greatest [afflictions].
نَذِيرًۭا لِّلْبَشَرِ
MSYang menjadi amaran bagi umat manusia,
ENAs a warning to humanity -
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ
MS(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
ENTo whoever wills among you to proceed or stay behind.
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
MSTiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
ENEvery soul, for what it has earned, will be retained.
إِلَّآ أَصْحَـٰبَ ٱلْيَمِينِ
MSKecuali puak Kanan,
ENExcept the companions of the right,.
فِى جَنَّـٰتٍۢ يَتَسَآءَلُونَ
MS(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
EN[Who will be] in gardens, questioning each other
عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ
MSTentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
ENAbout the criminals,
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ
MS(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
EN[And asking them], "What put you into Saqar?"
قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ
MSOrang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
ENThey will say, "We were not of those who prayed,
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ
MS"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
ENNor did we used to feed the poor.
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ
MS"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
ENAnd we used to enter into vain discourse with those who engaged [in it],
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ
MS"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
ENAnd we used to deny the Day of Recompense
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ
MS"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
ENUntil there came to us the certainty [i.e., death]."
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ
MSMaka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
ENSo there will not benefit them the intercession of [any] intercessors.
فَمَا لَهُمْ عَنِ ٱلتَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
MS(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
ENThen what is [the matter] with them that they are, from the reminder, turning away.
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌۭ مُّسْتَنفِرَةٌۭ
MSSeolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
ENAs if they were alarmed donkeys.
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍۭ
MSMelarikan diri (ketakutan) dari singa!
ENFleeing from a lion?
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًۭا مُّنَشَّرَةًۭ
MS(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
ENRather, every person among them desires that he would be given scriptures spread about.
كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ
MSSebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
ENNo! But they do not fear the Hereafter.
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌۭ
MSKetahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
ENNo! Indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a reminder.
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
MSOleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
ENThen whoever wills will remember it.
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ ٱلتَّقْوَىٰ وَأَهْلُ ٱلْمَغْفِرَةِ
MSDan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
ENAnd they will not remember except that Allāh wills. He is worthy of fear and adequate for [granting] forgiveness.
How many ayat are in Surah Al-Muddaththir?
Surah Al-Muddaththir has 56 ayat.
Where was Surah Al-Muddaththir revealed?
Surah Al-Muddaththir was revealed in Makkah, and it is the 4th surah in the order of revelation.
What page is Surah Al-Muddaththir on?
In the Madani mushaf, Surah Al-Muddaththir runs across pages 575–577, in juz 29.