لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ
MSAku bersumpah dengan Hari Kiamat;
ENI swear by the Day of Resurrection
Surah 75 of 114 · Juz 29
40 ayat, makkan, written on pages 577–578 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ
MSAku bersumpah dengan Hari Kiamat;
ENI swear by the Day of Resurrection
وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ
MSDan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
ENAnd I swear by the reproaching soul [to the certainty of resurrection].
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ
MSPatutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
ENDoes man think that We will not assemble his bones?
بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ
MSBukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
ENYes. [We are] Able [even] to proportion his fingertips.
بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَـٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ
MS(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
ENBut man desires to continue in sin.
يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَـٰمَةِ
MSDia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
ENHe asks, "When is the Day of Resurrection?"
فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ
MSMaka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
ENSo when vision is dazzled.
وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ
MSDan bulan hilang cahayanya,
ENAnd the moon darkens.
وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ
MSDan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
ENAnd the sun and the moon are joined,
يَقُولُ ٱلْإِنسَـٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ
MS(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
ENMan will say on that Day, "Where is the [place of] escape?"
كَلَّا لَا وَزَرَ
MSTak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
ENNo! There is no refuge.
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ
MSPada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
ENTo your Lord, that Day, is the [place of] permanence.
يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَـٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ
MSPada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
ENMan will be informed that Day of what he sent ahead and kept back.
بَلِ ٱلْإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌۭ
MSBahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
ENRather, man, against himself, will be a witness,
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ
MSWalaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
ENEven if he presents his excuses.
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ
MSJanganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
ENMove not your tongue with it, [O Muḥammad], to hasten with it [i.e., recitation of the Qur’ān].
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ
MSSesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
ENIndeed, upon Us is its collection [in your heart] and [to make possible] its recitation.
فَإِذَا قَرَأْنَـٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ
MSOleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
ENSo when We have recited it [through Gabriel], then follow its recitation.
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ
MSKemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
ENThen upon Us is its clarification [to you].
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ
MSSedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
ENNo! But you [i.e., mankind] love the immediate
وَتَذَرُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ
MSDan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
ENAnd leave [i.e., neglect] the Hereafter.
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاضِرَةٌ
MSPada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
EN[Some] faces, that Day, will be radiant,
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌۭ
MSMelihat kepada Tuhannya.
ENLooking at their Lord.
وَوُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌۭ
MSDan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
ENAnd [some] faces, that Day, will be contorted,
تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌۭ
MSSambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
ENExpecting that there will be done to them [something] backbreaking.
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ
MSSedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
ENNo! When it [i.e., the soul] has reached the collar bones
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍۢ
MSDan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
ENAnd it is said, "Who will cure [him]?"
وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ
MSDan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
ENAnd he [i.e., the dying one] is certain that it is the [time of] separation
وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ
MSSerta kedahsyatan bertindih-tindih;
ENAnd the leg is wound about the leg,
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ
MS(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
ENTo your Lord, that Day, will be the procession.
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ
MS(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
ENAnd he [i.e., the disbeliever] had not believed, nor had he prayed.
وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
MSAkan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
ENBut [instead], he denied and turned away.
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ
MSKemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
ENAnd then he went to his people, swaggering [in pride].
أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
MS(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
ENWoe to you, and woe!
ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ
MSKemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
ENThen woe to you, and woe!
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى
MSPatutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
ENDoes man think that he will be left neglected?
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةًۭ مِّن مَّنِىٍّۢ يُمْنَىٰ
MSBukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
ENHad he not been a sperm from semen emitted?
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ
MSKemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
ENThen he was a clinging clot, and [Allāh] created [his form] and proportioned [him]
فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ
MSLalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
ENAnd made of him two mates, the male and the female.
أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْـِۧىَ ٱلْمَوْتَىٰ
MSAdakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
ENIs not that [Creator] Able to give life to the dead?
How many ayat are in Surah Al-Qiyamah?
Surah Al-Qiyamah has 40 ayat.
Where was Surah Al-Qiyamah revealed?
Surah Al-Qiyamah was revealed in Makkah, and it is the 31st surah in the order of revelation.
What page is Surah Al-Qiyamah on?
In the Madani mushaf, Surah Al-Qiyamah runs across pages 577–578, in juz 29.