إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
MSApabila berlaku hari kiamat itu,
ENWhen the Occurrence occurs,
Surah 56 of 114 · Juz 27
96 ayat, makkan, written on pages 534–537 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
MSApabila berlaku hari kiamat itu,
ENWhen the Occurrence occurs,
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
MSTiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
ENThere is, at its occurrence, no denial.
خَافِضَةٌۭ رَّافِعَةٌ
MSKejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
ENIt will bring down [some] and raise up [others].
إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّۭا
MS(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
ENWhen the earth is shaken with convulsion
وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّۭا
MSDan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
ENAnd the mountains are broken down, crumbling
فَكَانَتْ هَبَآءًۭ مُّنۢبَثًّۭا
MSLalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
ENAnd become dust dispersing,
وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًۭا ثَلَـٰثَةًۭ
MSDan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
ENAnd you become [of] three kinds:
فَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ
MSIaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
ENThen the companions of the right - what are the companions of the right?
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ
MSDan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
ENAnd the companions of the left - what are companions of the left?
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ
MSDan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
ENAnd the forerunners, the forerunners -
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ
MSMereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
ENThose are the ones brought near [to Allāh]
فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
MS(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ENIn the Gardens of Pleasure,
ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
MS(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
ENA [large] company of the former peoples
وَقَلِيلٌۭ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
ENAnd a few of the later peoples,
عَلَىٰ سُرُرٍۢ مَّوْضُونَةٍۢ
MS(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
ENOn thrones woven [with ornament],
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَـٰبِلِينَ
MSSambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
ENReclining on them, facing each other.
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ
MSMereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
ENThere will circulate among them young boys made eternal.
بِأَكْوَابٍۢ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۢ
MSDengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
ENWith vessels, pitchers and a cup [of wine] from a flowing spring -
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ
MSMereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
ENNo headache will they have therefrom, nor will they be intoxicated -
وَفَـٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
MSDan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
ENAnd fruit of what they select
وَلَحْمِ طَيْرٍۢ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
MSSerta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
ENAnd the meat of fowl, from whatever they desire.
وَحُورٌ عِينٌۭ
MSDan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
ENAnd [for them are] fair women with large, [beautiful] eyes,
كَأَمْثَـٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ
MSSeperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
ENThe likenesses of pearls well-protected,
جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
MS(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
ENAs reward for what they used to do.
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًۭا وَلَا تَأْثِيمًا
MSMereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
ENThey will not hear therein ill speech or commission of sin -
إِلَّا قِيلًۭا سَلَـٰمًۭا سَلَـٰمًۭا
MSMereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
ENOnly a saying [of] peace, peace.
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ
MSDan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
ENThe companions of the right - what are the companions of the right?
فِى سِدْرٍۢ مَّخْضُودٍۢ
MSMereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
EN[They will be] among lote trees with thorns removed.
وَطَلْحٍۢ مَّنضُودٍۢ
MSDan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
ENAnd [banana] trees layered [with fruit].
وَظِلٍّۢ مَّمْدُودٍۢ
MSDan naungan yang tetap terbentang,
ENAnd shade extended.
وَمَآءٍۢ مَّسْكُوبٍۢ
MSDan air yang sentiasa mengalir,
ENAnd water poured out
وَفَـٰكِهَةٍۢ كَثِيرَةٍۢ
MSSerta buah-buahan yang banyak,
ENAnd fruit, abundant [and varied],
لَّا مَقْطُوعَةٍۢ وَلَا مَمْنُوعَةٍۢ
MSYang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
ENNeither limited [to season] nor forbidden,
وَفُرُشٍۢ مَّرْفُوعَةٍ
MSDan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
ENAnd [upon] beds raised high.
إِنَّآ أَنشَأْنَـٰهُنَّ إِنشَآءًۭ
MSSesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
ENIndeed, We have produced them [i.e., the women of Paradise] in a [new] creation
فَجَعَلْنَـٰهُنَّ أَبْكَارًا
MSSerta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
ENAnd made them virgins,
عُرُبًا أَتْرَابًۭا
MSYang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
ENDevoted [to their husbands] and of equal age,
لِّأَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
MS(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
ENFor the companions of the right [who are]
ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
MSIaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
ENA company of the former peoples
وَثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
MSDan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
ENAnd a company of the later peoples.
وَأَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ
MSDan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
ENAnd the companions of the left - what are the companions of the left?
فِى سَمُومٍۢ وَحَمِيمٍۢ
MSMereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
EN[They will be] in scorching fire and scalding water
وَظِلٍّۢ مِّن يَحْمُومٍۢ
MSSerta naungan dari asap hitam,
ENAnd a shade of black smoke,
لَّا بَارِدٍۢ وَلَا كَرِيمٍ
MSYang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
ENNeither cool nor beneficial.
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
MSSesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
ENIndeed they were, before that, indulging in affluence,
وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ
MSDan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
ENAnd they used to persist in the great violation,
وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
MSDan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
ENAnd they used to say, "When we die and become dust and bones, are we indeed to be resurrected?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ
MS"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
ENAnd our forefathers [as well]?"
قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ
MSKatakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
ENSay, [O Muḥammad], "Indeed, the former and later peoples
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوْمٍۢ مَّعْلُومٍۢ
MS"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
ENAre to be gathered together for the appointment of a known Day."
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ
MS"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
ENThen indeed you, O those astray [who are] deniers,
لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍۢ مِّن زَقُّومٍۢ
MSTetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
ENWill be eating from trees of zaqqūm
فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ
MS"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
ENAnd filling with it your bellies
فَشَـٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ
MS"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
ENAnd drinking on top of it from scalding water.
فَشَـٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ
MS"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
ENAnd will drink as the drinking of thirsty camels.
هَـٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ
MSInilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
ENThat is their accommodation on the Day of Recompense.
نَحْنُ خَلَقْنَـٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
MSKamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
ENWe have created you, so why do you not believe?
أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
MS(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
ENHave you seen that which you emit?
ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَـٰلِقُونَ
MSAdakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
ENIs it you who creates it, or are We the Creator?
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
MSKamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
ENWe have decreed death among you, and We are not to be outdone
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَـٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ
MS(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
ENIn that We will change your likenesses and produce you in that [form] which you do not know.
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
MSDan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
ENAnd you have already known the first creation, so will you not remember?
أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ
MSMaka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
ENAnd have you seen that [seed] which you sow?
ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ
MSKamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
ENIs it you who makes it grow, or are We the grower?
لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَـٰهُ حُطَـٰمًۭا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
MSKalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
ENIf We willed, We could make it [dry] debris, and you would remain in wonder,
إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
MS(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
EN[Saying], "Indeed, we are [now] in debt;
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
MS"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
ENRather, we have been deprived."
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ
MSSelain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
ENAnd have you seen the water that you drink?
ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ
MSKamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
ENIs it you who brought it down from the clouds, or is it We who bring it down?
لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَـٰهُ أُجَاجًۭا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
MSKalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
ENIf We willed, We could make it bitter, so why are you not grateful?
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ
MSAkhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
ENAnd have you seen the fire that you ignite?
ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ
MSKamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
ENIs it you who produced its tree, or are We the producer?
نَحْنُ جَعَلْنَـٰهَا تَذْكِرَةًۭ وَمَتَـٰعًۭا لِّلْمُقْوِينَ
MSKami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
ENWe have made it a reminder and provision for the travelers,
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
MSOleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
ENSo exalt the name of your Lord, the Most Great.
۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
MSMaka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
ENThen I swear by the setting of the stars,
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌۭ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
MSDan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
ENAnd indeed, it is an oath - if you could know - [most] great.
إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌۭ كَرِيمٌۭ
MSBahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
ENIndeed, it is a noble Qur’ān.
فِى كِتَـٰبٍۢ مَّكْنُونٍۢ
MSYang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
ENIn a Register well-protected;.
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ
MSYang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
ENNone touch it except the purified [i.e., the angels].
تَنزِيلٌۭ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
MSAl-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
EN[It is] a revelation from the Lord of the worlds.
أَفَبِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ
MSPatutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
ENThen is it to this statement that you are indifferent
وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
MSDan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
ENAnd make [the thanks for] your provision that you deny [the Provider]?
فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ
MSMaka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
ENThen why, when it [i.e., the soul at death] reaches the throat
وَأَنتُمْ حِينَئِذٍۢ تَنظُرُونَ
MSSedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
ENAnd you are at that time looking on -
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
MSDan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
ENAnd We [i.e., Our angels] are nearer to him than you, but you do not see -
فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
MSMaka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
ENThen why do you not, if you are not to be recompensed,
تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ
MSKamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
ENBring it back, if you should be truthful?
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ
MSKesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
ENAnd if he [i.e., the deceased] was of those brought near [to Allāh],
فَرَوْحٌۭ وَرَيْحَانٌۭ وَجَنَّتُ نَعِيمٍۢ
MSMaka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
ENThen [for him is] rest and bounty and a garden of pleasure.
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
MSDan jika ia dari puak kanan,
ENAnd if he was of the companions of the right,
فَسَلَـٰمٌۭ لَّكَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
MSMaka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
ENThen [the angels will say], "Peace for you; [you are] from the companions of the right."
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
MSDan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
ENBut if he was of the deniers [who were] astray,
فَنُزُلٌۭ مِّنْ حَمِيمٍۢ
MSMaka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
ENThen [for him is] accommodation of scalding water
وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
MSSerta bakaran api neraka.
ENAnd burning in Hellfire.
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ
MSSesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
ENIndeed, this is the true certainty,
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
MSOleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
ENSo exalt the name of your Lord, the Most Great.
How many ayat are in Surah Al-Waqi'ah?
Surah Al-Waqi'ah has 96 ayat.
Where was Surah Al-Waqi'ah revealed?
Surah Al-Waqi'ah was revealed in Makkah, and it is the 46th surah in the order of revelation.
What page is Surah Al-Waqi'ah on?
In the Madani mushaf, Surah Al-Waqi'ah runs across pages 534–537, in juz 27.