ٱلرَّحْمَـٰنُ
MS(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
ENThe Most Merciful
Surah 55 of 114 · Juz 27
78 ayat, madinan, written on pages 531–534 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلرَّحْمَـٰنُ
MS(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
ENThe Most Merciful
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
MSDia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
ENTaught the Qur’ān,
خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ
MSDia lah yang telah menciptakan manusia; -
ENCreated man,
عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ
MSDia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
EN[And] taught him eloquence.
ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍۢ
MSMatahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
ENThe sun and the moon [move] by precise calculation,
وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
MSDan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
ENAnd the stars and trees prostrate.
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ
MSDan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
ENAnd the heaven He raised and imposed the balance
أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ
MSSupaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
ENThat you not transgress within the balance.
وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ
MSDan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
ENAnd establish weight in justice and do not make deficient the balance.
وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
MSDan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
ENAnd the earth He laid [out] for the creatures.
فِيهَا فَـٰكِهَةٌۭ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ
MSTerdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
ENTherein is fruit and palm trees having sheaths [of dates]
وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ
MSDemikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
ENAnd grain having husks and scented plants.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِن صَلْصَـٰلٍۢ كَٱلْفَخَّارِ
MSIa menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
ENHe created man from clay like [that of] pottery.
وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍۢ مِّن نَّارٍۢ
MSDan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
ENAnd He created the jinn from a smokeless flame of fire.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ
MS(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
EN[He is] Lord of the two sunrises and Lord of the two sunsets.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
MSIa biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
ENHe released the two seas, meeting [one another];
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌۭ لَّا يَبْغِيَانِ
MSDi antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
ENBetween them is a barrier so neither of them transgresses.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ
MSDari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
ENFrom both of them emerge pearl and coral.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَـٰمِ
MSDan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
ENAnd to Him belong the ships [with sails] elevated in the sea like mountains.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍۢ
MSSegala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
ENEveryone upon it [i.e., the earth] will perish,
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ
MSDan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
ENAnd there will remain the Face of your Lord, Owner of Majesty and Honor.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍۢ
MSSekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
ENWhoever is within the heavens and earth asks Him; every day He is in [i.e., bringing about] a matter.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ
MSKami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
ENWe will attend to you, O prominent beings.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
يَـٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَـٰنٍۢ
MSWahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
ENO company of jinn and mankind, if you are able to pass beyond the regions of the heavens and the earth, then pass. You will not pass except by authority [from Allāh].
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌۭ مِّن نَّارٍۢ وَنُحَاسٌۭ فَلَا تَنتَصِرَانِ
MSKamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
ENThere will be sent upon you a flame of fire and smoke, and you will not defend yourselves.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةًۭ كَٱلدِّهَانِ
MSSelain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
ENAnd when the heaven is split open and becomes rose-colored like oil -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
فَيَوْمَئِذٍۢ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌۭ وَلَا جَآنٌّۭ
MSPada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
ENThen on that Day none will be asked about his sin among men or jinn.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ
MSOrang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
ENThe criminals will be known by their marks, and they will be seized by the forelocks and the feet.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ
MS(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
ENThis is Hell, which the criminals deny.
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍۢ
MSMereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
ENThey will circulate between it and scalding water, heated [to the utmost degree].
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ
MSDan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
ENBut for he who has feared the position of his Lord are two gardens -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
ذَوَاتَآ أَفْنَانٍۢ
MS(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
ENHaving [spreading] branches.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
MSPada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
ENIn both of them are two springs, flowing.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍۢ زَوْجَانِ
MSPada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
ENIn both of them are of every fruit, two kinds.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍۢ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍۢ
MSMereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
EN[They are] reclining on beds whose linings are of silk brocade, and the fruit of the two gardens is hanging low.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِنَّ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ
MSDi dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
ENIn them are women limiting [their] glances, untouched before them by man or jinnī -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ
MSBidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
ENAs if they were rubies and coral.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ
MSBukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
ENIs the reward for good [anything] but good?
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
MSDan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
ENAnd below them both [in excellence] are two [other] gardens -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
مُدْهَآمَّتَانِ
MSKedua-duanya menghijau subur tanamannya;
ENDark green [in color].
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
MSDalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
ENIn both of them are two springs, spouting.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌۭ وَنَخْلٌۭ وَرُمَّانٌۭ
MSPada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
ENIn both of them are fruit and palm trees and pomegranates.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌۭ
MSDalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
ENIn them are good and beautiful women -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
حُورٌۭ مَّقْصُورَٰتٌۭ فِى ٱلْخِيَامِ
MSIa itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
ENFair ones reserved in pavilions -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌۭ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّۭ
MS(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
ENUntouched before them by man or jinnī -
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny? -
مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍۢ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍۢ
MSPenduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
ENReclining on green cushions and beautiful fine carpets.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MSMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ENSo which of the favors of your Lord would you deny?
تَبَـٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ
MSMaha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
ENBlessed is the name of your Lord, Owner of Majesty and Honor.
How many ayat are in Surah Ar-Rahman?
Surah Ar-Rahman has 78 ayat.
Where was Surah Ar-Rahman revealed?
Surah Ar-Rahman was revealed in Madinah, and it is the 97th surah in the order of revelation.
What page is Surah Ar-Rahman on?
In the Madani mushaf, Surah Ar-Rahman runs across pages 531–534, in juz 27.