إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
MSApabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
ENWhen the sun is wrapped up [in darkness]
Surah 81 of 114 · Juz 30
29 ayat, makkan, written on page 586 of the Madani mushaf. Every ayah below is the Uthmani text, with the Basmeih Malay translation and the English underneath — the same text the Taubat app reads from.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
MSApabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
ENWhen the sun is wrapped up [in darkness]
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ
MSDan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
ENAnd when the stars fall, dispersing,
وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ
MSDan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
ENAnd when the mountains are removed
وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ
MSDan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
ENAnd when full-term she-camels are neglected
وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ
MSDan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
ENAnd when the wild beasts are gathered
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ
MSDan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
ENAnd when the seas are filled with flame
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ
MSDan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
ENAnd when the souls are paired
وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ
MSDan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
ENAnd when the girl [who was] buried alive is asked
بِأَىِّ ذَنۢبٍۢ قُتِلَتْ
MSDengan dosa apakah ia dibunuh?
ENFor what sin she was killed
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ
MSDan apabila surat-surat amal dibentangkan;
ENAnd when the pages are spread [i.e., made public]
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ
MSDan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
ENAnd when the sky is stripped away
وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ
MSDan apabila neraka dinyalakan menjulang;
ENAnd when Hellfire is set ablaze
وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
MSDan apabila Syurga didekatkan;
ENAnd when Paradise is brought near,
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ
MS(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
ENA soul will [then] know what it has brought [with it].
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ
MSOleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
ENSo I swear by the retreating stars -
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ
MSYang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
ENThose that run [their courses] and disappear [i.e., set]
وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
MSDan malam, apabila ia hampir habis,
ENAnd by the night as it closes in
وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
MSDan siang, apabila ia mulai terang;
ENAnd by the dawn when it breathes [i.e., stirs]
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ
MSSebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
EN[That] indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a word [conveyed by] a noble messenger [i.e., Gabriel]
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍۢ
MSYang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
EN[Who is] possessed of power and with the Owner of the Throne, secure [in position],
مُّطَاعٍۢ ثَمَّ أَمِينٍۢ
MSYang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
ENObeyed there [in the heavens] and trustworthy.
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍۢ
MSDan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
ENAnd your companion [i.e., Prophet Muḥammad (ﷺ) ] is not [at all] mad.
وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ
MSDan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
ENAnd he has already seen him [i.e., Gabriel] in the clear horizon.
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍۢ
MSDan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
ENAnd he [i.e., Muḥammad (ﷺ)] is not a withholder of [knowledge of] the unseen.
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَـٰنٍۢ رَّجِيمٍۢ
MSDan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
ENAnd it [i.e., the Qur’ān] is not the word of a devil, expelled [from the heavens].
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
MS(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
ENSo where are you going?
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ
MSAl-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
ENIt is not except a reminder to the worlds
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ
MSIaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
ENFor whoever wills among you to take a right course.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
MSDan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
ENAnd you do not will except that Allāh wills - Lord of the worlds.
How many ayat are in Surah At-Takwir?
Surah At-Takwir has 29 ayat.
Where was Surah At-Takwir revealed?
Surah At-Takwir was revealed in Makkah, and it is the 7th surah in the order of revelation.
What page is Surah At-Takwir on?
In the Madani mushaf, Surah At-Takwir runs across page 586, in juz 30.